Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan tentang tabiat menyimpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving”. Dulu saya tak sedar tentang betapa bagusnya strategi ini.Saya adalah penyimpan emas. Orang seperti saya ini dipanggil Gold Saver, bukan Gold Investor.

Walaupun Gold Investor mereka lebih ambil tahu tentang perkembangan pasaran emas, analisis teknikal harga emas, dan boleh juga buat untung dengan naik turun harga emas, tetapi apa yang saya perhati, akhir sekali penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

  1. mereka memiliki emas yang banyak,
  2. duit simpanan mereka tidak bocor bila ditukarkan kepada emas,
  3. harga purata setiap gram emasnya rendah sebab sentiasa beli,
  4. mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang.

Kekayaan Ditentukan Oleh Tabiat

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu bergerak sangat perlahan berbanding arnab, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia konsisten!

Jadi kalau dalam simpanan emas, mereka yang simpan 1 gram 1 bulan ibarat kura-kura. Ia perlahan, tetapi akhirnya dia akan menang. Sedar tak sedar nanti, 1 tahun sudah ada minimum 12 gram. Saya perhatikan, siapa yang letak target simpan 1 gram 1 bulan, akhirnya dia akan simpan lebih banyak daripada itu sebab ia sudah jadi satu tabiat! Tabiat itulah yang membuatkan dia jadi lebih kaya sebagaimana kata-kata seorang guru kewangan bernama Dave Ramsey, katanya;

“Personal finance is 80% behavior and only 20% head knowledge” – Dave Ramsey

Walaupun perlahan, akhirnya siapa yang “konsisten” juga akan menang!

Tips Simpan 1 Gram 1 Bulan

Jadi bagi sesiapa nak memulakan tabiat ini, ini strategi yang berkesan yang boleh saya cadangkan. Dan inilah juga yang saya buat setiap bulan:

#1 – Target simpan emas 1 gram 1 bulan sebagai “forgotten saving” (simpanan untuk dilupakan). Simpan, dan lupakan. Duit simpanan lain boleh disimpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

#2 – Setiap kali dapat gaji, terus beli 1 gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab memang tak akan ada duit lebih. Disiplin menyimpan yang betul; “simpan dulu belanja selebihnya” bukan “belanja dulu simpan selebihnya”.

#3 – Jangan tunggu harga terbaik. Kalau tunggu pun selalunya tak berbaloi dengan risiko duit itu bocor. Takut-takut nanti, bila harga dah rendah, duit pula yang habis!

#4 – Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) Public Gold. Itu kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan 1 gram 1 bulan. (Sahabat pembaca boleh kaji sendiri)

#5 – Bila cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet! Guru emas saya En. Mohd Zulkifli Shafie cadangkan buat begini supaya terasa aura dan keseronokkan simpan emas! Memang “feel” akan berbeza. Ia mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak kepingan emas! In sha Allah.

Gold bar 1 gram edisi biasa dan edisi wedding. Ini antara item yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Emas GAP. Simpan emas sendiri begini “feel”nya berbeza. Bagi sesiapa tak selesa simpan sendiri, boleh simpan dengan Public Gold secara percuma melalui akaun emas GAP.

Wallahu a’lam.

😃+