Simpan Emas

GUNA PERSONAL LOAN ATAU ASB FINANCING LEBIH BAIK UNTUK MELABUR DALAM ASB ?
==============================

Soalan : Saya nak tanya , Saya kerja kerajaan, adakah lebih baik Saya buat personal loan masuk dalam Akaun ASB berbanding saya buat ASB Financing ? Sebab Saya dapat Rate Personal Loan 3.44% , sedangkan ASB Financing pula 5.05% . Saya nak buat Personal loan RM100,000, ikat 10 tahun & nak letak duit tu dalam Akaun ASB . Saya yakin akan lebih untung dari Saya buat ASBF .

Jawapan : ASB Financing lebih baik Kalau jika penilaian dibuat pada hasilnya.

Hujahan kiraan ,

Guna personal loan 
______________________

Buat Personal loan RM100,000 dengan rate 3.44% untuk 10 tahun .

(100,000 x 3.44% x 10) + (100,000 ) / 120 = RM1,120 (instalment bulanan). 

Kita anggapkan Personal loan Dapat Cash out 100% , biasanya kena potong minima 5%- 10%. Masuk RM100,000 tu dalam Akaun ASB . Kita lihat hasil compounding selepas 10 tahun & instalment personal loan dah habis dibayar . {Rujuk GAMBAR 1} :

Pelaburan Asas : RM100,000
Dividen 10 tahun : RM101,360

Total 10 tahun = RM201,360✔️

Guna ASB Financing 
_______________________

Buat ASB Financing RM200,000 dengan Rate 5.05% untuk tempoh pembiayaan 30 tahun .

Instalment bulanan RM1080  . {Rujuk GAMBAR 2}

Hasil Compounding dividen dalam tempoh 10 tahun = RM202,720 {Rujuk GAMBAR 3}

Value principal pembiayaan selepas 10 tahun :

RM200,000 – RM162,930 (balance outstanding 120 bulan)= RM37,070 {Rujuk gambar 4}

Total = RM202,720 + RM37,070 = RM239,790✔️

Ringkasan:

Guna Personal loan dengan komitmen bulanan RM1,120 selama 10 tahun, hasilkan RM201,360☑️ <10 tahun>

Guna ASB Financing dengan komitmen bayaran bulanan RM1,080 selama 10 tahun (tempoh penuh 30 tahun) hasilkan RM239,790☑️ <10 tahun>

Disclaimer : Ilustrasi kiraan dividen ASB ini berdasarkan dividen 7.25% setahun & effective rate ASBF 5.05% . Rate pembiayaan & dividen ini boleh berubah turun atau naik . Kiraan ini adalah berdasarkan ilustrasi penulis sendiri dan tidak melibatkan mana-mana pihak Bank & ASNB .

-Key-
(Penulis Ebook ASBGenius)

# Pilihan terakhir simpan emas fizikal @ simpan emas dalam akaun emas fizikal setiap bulan walaupun sedikit…