SAVE, PROTECT & INVEST4 perkara penting dalam perancangan kewangan adalah menyimpan, belanja, melindungi dan melabur (mengembangkan aset)

MENYIMPAN (SAVE)

Perlu menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji setiap bulan. Prinsip menyimpan ni bukan sesuatu yang mudah kerana perlu konsistensi dan disiplin.  Daripada simpananlah, tabung kecemasan boleh diwujudkan. Tabung ini adalah untuk kegunaan hal-hal kecemasan seperti dibuang kerja, kerosakan kereta atau pun hal kecemasan yang lain.

Cara yang senang untuk konsisten menyimpan adalah dengan buat potongan auto debit setiap bulan dari gaji setiap bulan . Kalau tak silap TH boleh buat potongan setiap bulan dari akaun gaji ke TH. Dapat gaji simpan dulu baru belanja!

BELANJA (SPEND)

Berbelanja secara berhemah. Selepas kita menyimpan 10% daripada gaji kita tadi. Kita hanya boleh belanja 90% sahaja, tidak boleh lebih dari itu. Nak atau tidak, kita kena ubah cara perbelanjaan kita. Semak semula kos-kos pembelanjaan kita sebelum ini dan cari mana-mana pembelanjaan yang “less important” seperti lepak di mamak atau beli rokok.

MELINDUNGI (PROTECT)

Bila sebut perlindungan, kebiasaan kita akan terbayang takaful. Bila sebut takaful, sesetengah kita hanya membayangkan mengenai medical card sahaja sedangkan ada yang perlu diletak priority lebih iaitu perlindungan pendapatan (Income Protection). Perlu difikirkan jika kita disahkan menghidapi sakit seperti kanser yang mana memerlukan 1 tahun atau 2 tahun untuk pulih, bagaimana dengan pendapatan kita dalam tempoh tersebut? Ataupun jika kita meninggal dunia,bagaimana dengan waris yang ditinggalkan jika sebelum ini kita menjadi tempat mereka bergantung?

Disinilah pentingnya Income Protection.

Maka semaklah polisi takaful masing-masing. Perbaiki apa yang kurang.

MELABUR (INVEST)

Kadar inflasi negara antara 3%-4% setahun. Perlu difikirkan umur berapa kita hendak bersara dari sekarang. Perlu difikirkan juga berapa yang diperlukan untuk kita bersara dengan selesa. Kadar inflasi perlu diambil kira sekali dalam perancangan persaraan.

Sejuta mungkin diperlukan untuk bersara dengan selesa ataupun mungkin lebih. Mungkin nampak seakan mustahil. Tetapi tidak mustahil kalau bermula dari awal. Cerita dapat atau pun tidak itu cerita kemudian. Sekurang-kurangnya kita telah merancang. Tidak merancang bererti kita merancang untuk gagal!

Aset perlu dikembangkan sama ada melalui hartanah, saham, amanah saham ataupun emas. Cari pelaburan yang sesuai dengan tahap ilmu dan risiko yang kita boleh tanggung. Belajar mengurus risiko dan pelbagaikan portfolio.

Sekadar perkongsian.

 

😃+