Tajuk Buku : Rich Dad Poor Dad

Penulis : Robert T. Kiyosaki

Mempunyai dua orang ayah memberi peluang kepada penulis membuka minda sama ada untuk mengikuti jejak langkah ayah yang kaya (Rich Dad) atau pun yang tersepit dalam masalah kewangan (Poor Dad).  Apa yang menariknya, Poor Dad merupakan seorang ayah yang hebat dalam kerjaya beliau dan menghabiskan pembelajaran sehingga PhD berbanding Rich Dad yang mempunyai kelayakan pembelajaran jauh lebih rendah.

Seronoknya saya baca buku ini apabila dapat tahu  perbezaan perwatakan  antara Rich Dad dan Poor Dad  yang mungkin saya juga akan terikut dengan Poor Dad jika saya tidak membaca buku-buku tulisan R Kiyosaki. Antara perbezaan mindset Rich Dad dan Poor Dad ialah:

(1) Rich Dad ambil risko dalam melabur, manakala Poor Dad ambil langkah selamat dengan hanya menyimpan.
(2) Rich Dad bekerja keras untuk pendapatan pasif, manakala Poor Dad bekerja keras untuk kenaikan pangkat dan gaji dalam ‘coorporate level’, namun ini hanya bersifat sementara
(3) Rich Dad selalu berbincang tentang tajuk kewangan, Poor Dad dilarang berbincang tentang kewangan dalam keluarga.

Saya suka buku ini kerana input-inputnya :

  • Saya tahu apa itu pendapatatan pasif dan aktif
  • Saya tahu 4 quandrant of income
  • Saya sedar yang pencen bukan soal usia, tapi soal kewangan
  • Terinpirasi daripada penulis, yang beliau bermula ketika usia mereka 37 tahun, dan peroleh financially free ketika berusia 47 tahun.
  • Saya faham, rumah sebenarnya bukan aset selagi kita perlu menghabiskan wang untuk setiap bulan.
  • Dari sekolah rendah sampai universiti, kita tidak pernah diajar tentang soal kewangan.

Bagi saya, buku ini sangat sesuai dibaca kepada kita yang nak tahu apa tujuan kita bekerja, jika berimpian ‘ financially free’, bekerja makan gaji bukanlah berada pada trek yang betul.

Cara Beli:

Pergi ke mana-mana kedai buku untuk membelinya.

😃+