FB_IMG_14941625395295159

Salam muafakat, Sudah berapa lama anda mengikuti perkembangan emas fizikal ? Apakah anda sudah melebihi 6 bulan atau lebih ? Jika sudah melebihi 6 bulan , sepatutnya anda sudah miliki setidak-tidaknya 1Gram emas fizikal atau pun dah punyai 1 akaun emas fizikal.

Memiliki aset emas 1gram tidak sesusah zaman dahulu, anda hanya perlukan TINDAKAN . Jangan berlengah esok kerana esok menjadi minggu hadapan dan akan menjadi bulan hadapan, LAKUKAN SEKARANG.

Opsss , sudah daftar dan mula beli 1gram emas melalui kaedah Gold Accumulation Program ( untuk pembeli baharu sahaja ) .

jurang Kelebihan emas awam

Ciri-Ciri dan Kelebihan Gold Accumulation Program ( GAP ) ;

1 – Boleh beli emas ketulenan 999.9 ( 24 karat ) dengan bajet serendah RM191 = 1gram ( harga pada 30-7-2017 dan dikemaskini sekali setiap hari pada jam 12:00 malam ).

2 – Emas dalam akaun GAP disimpan secara percuma, tiada yuran tahunan.

3 – Emas dalam akaun GAP boleh disimpan selama mana yang anda inginkan , tiada had masa dan waktu.

4 – Emas dalam akaun GAP boleh disimpan sebanyak mana yang anda inginkan , tiada had jumlah dan kuantiti angka.

5 – Emas yang sedia ada dalam GAP boleh ditambah mengikut bajet masing-masing asalkan dalam gandaan 1Gram, tiada syarat wajib beli dalam jumlah tertentu dan dalam tempoh tertentu.

6 – Emas dalam akaun GAP boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal ( serendah 1Gram ) dan syiling Dinar di mana-mana 18 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia tanpa had dan kadar.

7 – Emas yang disimpan di dalam GAP boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dengan syarat tinggalkan baki serendah 1Gram bagi memastikan akaun GAP sentiasa aktif.

8 – Jika dikeluarkan semua emas yang disimpan, untuk uruniaga pembelian GAP seterusnya akan dikenakan denda RM50 untuk aktifkan semula akaun GAP tersebut.

9 – Waktu urusniaga beli dan jual secara online yang fleksibel , 24 jam sehari 365 hari. ( Untuk keluarkan fizikal hanya di waktu office hour sahaja.

10 – Public Gold mengenakan gold premium untuk pengeluaran emas fizikal. Gold premium ini merangkumi kos pengangkutan dan insurans.fpx

GAP – Belian Tambahan Kaedah FPX

FPX Payment (Financial Process Exchange) ialah sistem di mana pengguna boleh membuat bayaran secara terus dari akaun bank mereka melalui internet.

NOTE:

Hanya customer Public Gold yang mempunyai PG Code boleh menggunakan servis FPX ini

Caj RM1 dikenakan bagi setiap transaksi

Setiap transaksi akan Approve serta-merta. Namun 24-48 jam diperlukan sebelum baki terkini akaun akan dikemaskini..

Tidak perlu mendaftar untuk menggunakan FPX ini.

Boleh pilih dari mana-mana bank yang tersenarai untuk membuat bayaran. Tidak terhad kepada satu-satu bank sahaja.

FPX Payment System diuruskan oleh MyClear (Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd), salah satu anak syarikat Bank Negara Malaysia. MyClear menyediakan kepakaran teknikal dalam menguruskan sistem FPX dan proses akhir pembayaran bagi pihak  bank yang terlibat.  Oleh itu, tidak perlulah kita risau dan meragui kredibiliti syarikat ini kerana sudah tentu ia dipantau oleh bosnya iaitu Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini adalah jadual gold premium:

Products premium msia

PREMIUM

Premium adalah cas pengangkutan bagi setiap produk Public Gold. Premium ini tetap dikenakan walaupun anda pergi membeli produk di ibu pejabat Public Gold di Pulau Pinang. Ini disebabkan Public Gold menanggung kos yang lebih besar untuk tempah emas tersebut dari kilang yang diiktiraf LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri (Turkey), dan dibawa masuk ke Malaysia.

KENAPA KENA TEMPAH DARI TURKI?

Ini kerana, Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery dari Turki untuk mencetak semua jongkong emas Public Gold mulai Disember 2014.
.
Nadir Metal Refinery merupakan ahli LBMA (London Bullion Market Association). Ini membolehkan produk yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery diiktiraf di seluruh dunia.

Kelebihan:
1. Jongkong Emas Public Gold yang dicetak oleh Nadir Metal kini diiktiraf di seluruh dunia.
2. Jongkong Emas Public Gold ini TIDAK DIKENAKAN GST.

Jadi, pelabur emas Public Gold tidak perlu risaukan caj tambahan GST sebanyak 6%.

Untuk contoh pengiraan; Gold bar 1 gram pada harga belian adalah RM180. Dicampur dengan premium sebanyak RM10, Jadi jumlah bayaran ke pada Public Gold ialah RM190

Kalau nak withdraw emas dari Akaun GAP juga akan dikenakan premium. Contohnya, jika nak keluarkan 1gram sebanyak 4 keping, maka 4 keping 1gram x RM10 (premium)= RM40.

Jadi anda kena bayar RM40 sewaktu ambil emas tersebut di cawangan Public Gold. Jika nak keluarkan 20 gram sekeping, premium yang anda akan bayar cuma RM20 sahaja.

Contoh lain, jika akaun GAP anda mempunyai baki 11 gram, anda boleh
mengeluarkan emas fizikal sebanyak 10 gram. Berapa kos gold premium yang perlu
anda bayar? Mari lihat pengiraannya.

A) Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 1 gram x 10 keping,
maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 10 = RM100

B) Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 5 gram x 2 keping,
maka premium yang perlu anda bayar adalah RM10 x 2 = RM20

C) Jika anda keluarkan 10 gram tersebut di dalam bentuk 10 gram x 1 keping,
maka premium yang perlu anda bayar adalah RM15 x 1 = RM15

p/s: Ini adalah contoh pengiraan premium jika pengeluaran dibuat di Semenanjung
Malaysia.

Mohd Shamsuri_Dealer Public Gold_PG00096883

 

😃+