Pengumuman pengesahan patuh shariah untuk Akaun Emas GAP (dan Akaun Silver SAP) dalam Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold pada 11 November 2017.

Pengumuman ini juga, bermakna kesemua proses jual beli emas dengan Public Gold telah pun disahkan patuh shariah. Bermula pengumuman pengesahan Public Gold patuh shariah fasa pertama pada 16 Disember 2016, kini pengesahan untuk produk Gold Accumulation Program (GAP) dan Silver Accumulation Program (SAP). Alhamdulillah, ini bermakna Public Gold adalah satu-satunya syarikat (yang bukan Institusi Kewangan) jual beli emas fizikal di Malaysia yang disahkan patuh shariah.

Sijil pengesahan patuh shariah yang dikeluarkan oleh panel syariah Public Gold bertarikh 29 September 2017. KLIK DI SINI untuk lihat pengumuman rasmi di Facebook Public Gold International.

Ini sijil patuh syariah fasa pertama sebagai rujukan.

Patuh Shariah dan Pengesahan Patuh Shariah

Patuh shariah dan pengesahan patuh shariah adalah dua perkara berbeza. Tiada pengesahan patuh shariah bukan bermaksud jual beli itu haram. Tetapi pengesahan ini meningkatkan krebiliti bagi Public Gold dan memberikan lebih keyakinan bagi pelanggan Muslim.

Jadi bagi saya, Public Gold sudah pun menjalankan transaksi jual beli yang patuh shariah SEBELUM mendapat pengesahan shariah ini lagi. Kalau Public Gold sendiri tak yakin ia patuh shariah, mana mungkin Public Gold melantik panel shariah untuk mendapat pengesahan shariah? Dan atas faktor keyakinan ini jugalah, saya yakin mengesyorkan sesiapa sahaja berjual beli dengan Public Gold sebelum daripada pengumuman pengesahan shariah ini.

Seminar Emas dan Shariah anjuran Public Gold, di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya pada 11 November 2017. Seminar ini memberikan kefahaman tentang jual beli emas patuh shariah oleh dua panel shariah jual beli emas ternama di Malaysia iaitu Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah .

Public Gold Tidak Diwajibkan Lantik Panel Shariah

Sempena dengan pengumuman ini juga, saya tertarik dengan komen Tuan Afyan Mat Rawi (penasihat kewangan) tentang industri emas dan pengesahan kepatuhan shariah. Syarikat seperti Public Gold bukanlah institusi kewangan Islam yang diwajibkan mendapatan pengesahan patuh shariah, tapi hanya syarikat jual beli emas.

Tetapi Public Gold memilih untuk mendapatkan pengesahan patuh shariah secara sukarela untuk memastikan pelanggan muslim dapat berjual beli dengan penuh yakin, sekaligus memberi impak positif kepada perkembangan bisnes Public Gold sendiri, mahupun industri emas. In sha Allah.

Di saya copy paste sebahagian tulisan beliau:

FB : AFYAN MAT RAWI

Satu perkembangan menarik dalam industri emas apabila bisnes emas Public Gold disahkan patuh shariah.

Semalam pengesahan rasmi pematuhan shariah oleh Amanie Advisors Sdn Bhd yang diketuai oleh seorang tokoh Muamalat Islam yang tidak asing di Malaysia, Dr Daud Bakar.

Ia satu perkembangan menarik dan positif bagi industri kewangan di Malaysia kerana emas antara komoditi pelaburan yang ada di Malaysia tapi jarang ada terdapat syarikat yang berusaha mendapatkan status patuh shariah, kerana industri emas di Malaysia tidak ada kewajipan berbuat demikian.

Tidak ada pematuhan shariah bukan bermaksud ia tidak patuh shariah, tapi dgn adanya pematuhan shariah ia meningkatkan kredibiliti sesebuah syarikat.

Jika kita lihat dalam market industri berkaitan emas di Malaysia, boleh dikira dengan jari syarikat emas yang mempunyai pematuhan shariah.

Dahulu tahun 2013, syarikat Hana Gold dgn penasihat syariahnya Ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang kemudiannya beliau tarik balik apabila syarikat tidak mematuhi garis panduan ditetapkan.

Tahun 2014 Syarikat Darul Emas Perak (Tok Belagak) juga pernah “melantik” penasihat shariah tapi tidak kesampaian mendapat kepatuhan shariah apabila penasihat shariah tarik diri dan tersontot di pintu shorga.

Sebelum Public Gold, Amanie Advisors juga pernah memberi kepatuhan shariah kepada syarikat Hello Gold.

Selain itu juga, beberapa bank sudah pun keluarkan produk emas mereka sendiri yg patuh shariah, seperti Kuwait Finance House dan Ar Rajhi Bank beberapa tahun dahulu dan yang terkini, Bank Muamalat.

Ia perkembangan yg positif supaya umat Islam di Malaysia ada pilihan untuk mendapatkan emas dan menyertai pelaburan emas patuh shariah.

Tahniah Public Gold atas usaha ini.

Akaun Emas GAP Dari Kaca Mata Shariah

Bagi sesiapa yang mahu memahami, bagaimana shariah melihat Akaun Emas GAP sebagai transaksi yang patuh shariah, di sini adalah copy paste tulisan Ustaz Khairul Anuar Basri yang juga ahli dalam mualamat Islam, dan juga terlibat secara langsung dalam projek syariah Public Gold ini:

FB : KHAIRUL ANUAR BASRI

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah:

(1) Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).

(2) Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).

(3) Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Shariah dari Penasihat Shariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Shariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

(1) Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Shariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Shariah, GAP dahulu tidak patuh Shariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Shariah dari dahulu hingga sekarang.

(2) GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

(3) Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

(4) Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

(5) Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

(6) Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

(7) Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

(8) Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Shariah.

(9) Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

(10) Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

(11) Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

(12) Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Shariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was.

Tulisan asal beliau di Facebook, boleh KLIK DI SINI.

Sahabat-sahabat pembaca yang mahu faham lebih lanjut tentang Akaun Emas GAP seterusnya mulakan simpanan emas melalui kaedah ini, ikut sahaja langkah yang saya tunjukkan dalam artikel “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold”Akaun Emas GAP sekarang ini adalah kaedah menyimpan emas “PALING MUDAH, PALING MURAH, DAN PATUH SHARIAH” di Malaysia, Singapore dan Indonesia.

Sebarang persoalan untuk jual beli emas, boleh contact saya di 011 1517 0122 (M.Shamsuri). Kalau ada persoalan tentang syariah, terus contact pihak Amanie Advisors Sdn. Bhd. sebab mereka adalah pihak yang betul untuk mendapat jawapan yang tepat tentang status shariah Public Gold.

Kredit : Tuan Mohd Zulkifli

😃+