dinar-emas-jongkong-emas-public-goldSalam sejahtera dan salam muafakat sahabat emas…Rupa-rupanya masih ramai yang tidak tahu untuk mulakan pelaburan emas. Mereka bukan tak mahu tapi tidak tahu hendak mula daripada mana. Patutlah pelaburan emas kurang menyerlah di Malaysia berbanding pelaburan haram/Skim Cepat Kaya / Skim Ponzi/ MLM / piramid dan seumpamanya.

Adakah mereka yang tahu mengenai pelaburan emas tidak menyampaikan infomasi mengenai pelaburan emas ? Apakah pelaburan emas memerlukan modal yang tinggi ?
Apakah pelaburan emas tidak mendatangkan pulangan yang banyak dan cepat ?
Apakah sikap orang kita sendiri malas untuk mencari & menuntut ilmu mengenai pelaburan emas ?

Baiklah , kita tinggalkan persoalan diatas kerana jawapannya tidak penting sama sekali. Apa yang penting tindakan. Tanpa tindakan kita tidak akan ke mana-mana. Jika anda sudah pun mengetahui tentang emas , saya rasa ia satu anugerah yang cukup bernilai dari Allah Taala. Jadi tugas kita semua , sampaikan kepada mereka yang belum @ tidak tahu mengenai emas.

Jadi untuk meneruskan cerita emas kali ini , saya huraikan secara ringkas bagaimana mahu mula pelaburan emas / perniagaan emas.

  1. Sediakan modal yang mencukupi. Modal yang diperlukan dalam bentuk duit fiat dan ilmu mengenai emas ( ilmu boleh dipelajari blog ini secara percuma @ cari infomasi di enjin carian @ belajar secara langsung dengan orang yang berpengelaman ).
  2. Setelah anda mempunyai modal , terdapat 2 kaedah pelaburan emas. Kaedah pertama dengan beli/jual emas fizikal seperti dinar kelantan/kijang emas/emas public gold/emas dinardirham dan sebagainya. Kaedah kedua dengan membuka akaun pelaburan emas dengan bank Maybank atau Public Bank.
  3. Akhir sekali , anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan emas dari semasa ke semasa.

p/s : Rasanya dah cukup dah kot penerangan serba ringkas mengenai bagaimana mahu mulakan pelaburan emas. Kalau ada apa-apa masalah/permasalahan boleh komen di sini

 

😃+